[AES]
"KUALA LUMPUR – Sebanyak 63,558 imej kesalahan trafik telah dirakam menerusi 14 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang beroperasi sejak 23 September lalu.
Jumlah itu bermakna secara purata sistem tersebut merakam 5,778 kesalahan trafik setiap hari."
SubhanAllah... Itu baru kamera manusia. Bagaimana pula dengan pemerhatian dari Allah 24/7...??? Tingkatan keimanan yang paling tinggi adalah Ihsan. Apa itu Ihsan? Diriwayatkan oleh Umar Ibn Khattab dari Nabi Muhammad s.a.w;
"Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu."
[Sahih Muslim]
Kita lebih risaukan AES atau Ihsan...???